Monday 18 March 2013

Resepi Mee Kari Sedap

RESEPI MEE KARI

Pengenalan

Resepi Mee Kari adalah antara makanan yang selalu dihidangkan adalah disebabkan rasa pedasnya yang dapat membuka selera. Resepi Mee kari dihiaskan dengan telur rebus, tauhu goreng, sawi celur, taugeh, cili merah, lemon/ limau kasturi, timun, daun sup, bawang goreng dan sebagainya. Tambahan lagi, mee kari juga sesuai untuk dihidangkan kepada tetamu yang berkunjung ke rumah.

Mee kari telah menjadi sejenis makanan yang disambut hangat di kalangan keluarga masyarakat tidak kira kaum-kaum yang berbeza dalam musim perayaan. Mee kari pasti akan disebut-sebut oleh tetamu setiap kali dengan mengadakan rumah terbuka atau menjamu kawan-kawan. Ramai orang suka makan mee kari untuk meraikan perayaan istimewa seperti musim hari raya Aidilfitri, Thaipusam dan sebagainya.

Mee kari adalah makan kegemaran untuk banyak keluarga, terutamanya orang Melayu dan India yang suka menjamu selera makanan yang pedas. Mee kari akan menjadi kepilihan mereka untuk mengisikan perut. Mee kari terkenal dengan kepedasannya dan keistimewaan, jadi ramai orang suka meyediakan mee kari sendiri supaya dapat menikmati keenakannya yang tidak boleh dibandingkan dengan rasa yang lain.

Orang ramai meminati mee kari disebabkan mee kari mempunyai pelbagai jenis dan boleh diubah mengikut citarasa sendiri atau seisi keluarga. Mee kari yang ditambahkan dengan bahan-bahan yang berbeza akan dinamakan sebagai mee kari special, mee kari nyonya, mee kari ketam, mee kari kerang, mee kari udang, mee kari ayam dan pelbagai jenis mee kari yang dapat menarik perhatian orang ramai.


Bahan-Bahan untuk Mee Kari (6-7 orang)

 300 gram mee kuning (dicelur dan ditoskan)
1/2 kg kerang (direbus dan dikupas kulitnya)
20 ekor udang sederhana besar
1 mangkuk isi ayam
2 keping kek ikan dipotong nipis / 10 biji bebola ikan (dibelah dua)
2 cawan santan pekat
2 sudu besar cili kisar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari daging
3 cawan air rebusan udang
3 tangkai daun kesum
2 tangkai daun kari
2 keping asam gelugur (ikut saiz)
1 ketul kiub ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak


Bahan-Bahan Hiris atau Dipotong


Telur rebus
Tauhu goring
Sawi celur
Tauge
Cili merah
Limau nipis/ limau kasturi
Timun
Daun sup dan bawang goreng


Bahan-Bahan untuk Kari


Serbuk kari
Santan
7 ulas bawang merah
4 ulas bawah putih
Sedikit halia, lengkuas dan kunyit
2 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 tangkai daun kari
Kentang
Minyak masak
Garam dan gula


Bahan-Bahan Kisar


2 batang serai
1 inci halia
½ inci lengkuas
5 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
½ cawan udang kering (direndam)


Cara-Cara untuk menyediakan mee kari 


1) Celurkan mee dalam air mendidih dan tos untuk asingkan.
2) Buang kulit udang dan bersihkan. Selawat dan rebus kulit udang dengan 3 cawan air. Air rebusan udang boleh digunakan sebagai pemanis kuah.
3) Potong ayam mengikut citarasa masing-masing. Potong kek ikan atau bebola ikan dengan nipis.
4) Bawang merah dan bawang putih ditumbuk atau kisar untuk menumis.
5) Panaskan minyak dalam kuali dengan api sederhana. Tumis bawang merah dan bawnag putih ke dalam kuali sehingga garing. Masukkan rempah kari dan cili kering ke dalam kuali sekali. Masakkan semua bahan sehingga garing.
6) Masukkan isi ayam yang sudah dibersihkan dan kacau sehingga separuh masak. Kemudian masukkan santan untuk memekatkan kuah. Selepas lebih kurang 10 min, masukkan kek ikan atau bebola ikan, udang dan kerang.
7) Masukkan air rebusan udang dan tambahkan dua atau tiga cawan air ke dalam dengan mengikut citarasa sendiri atau bergantung kepada kepekatan kuah.
8) Masukkan daun kesum dan daun kari sebagai penambah rasa. Daun kesum dan daun kari dapat menambahkan keenakan mee kari dan lebih sedap untuk dimakan.
9) Masukkan garam secukup rasa.



Cara-Cara untuk menyediakan kari ( Cara alternatif untuk menyediakan kari)


1) Bawang besar, bawang putih dan halia dicincang halus.
2) Kemudian tumis rempah-ratus dan bahan-bahan ini dalam minyak yang panas sehingga keperangan.Panaskan kuali dengan api yang sederhana dan sapukan sedikit minyak pada kuari tersebut.
3) Masukkan serbuk kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Kemudian masukkan santan.
4) Masukkan isi (ikut citarasa) dan biarkan sehingga masak.
5) Masak hingga agak pekat. Masukkan garam dan gula secukup rasa.



Cara-Cara untuk menyediakan kuah

( Cara Lain untuk sediakan kuah untuk dimakan bersama mee kari )

1) Sediakan periuk yang sederhana besar, panaskan minyak untuk menumis.
2) Tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi dan garing. Masukkan rempah dan biarkan bahan itu naik minyak.
3) Sementara menunggu kuah mendidih, kentang yang sudah rebus ditambah dengan sedikit air panas dan dihancurkan sehingga lumat. Masukkan ke dalam kuah yang sudah mendidih.
4) Masukkan kerang, kek ikan, udang kisar dan bebola ikan, stok udang dan santan. Renehkan sehingga naik minyak.
5) Kacau bahan itu sering kali dan sesuaikan rasa.
6) Hidangkan kuah bersama mee yang telah dicelur dan bahan yang dihiris tadi.


Mee kari dapat disediakan dengan mengubah kandungannya mengikut kesesuaian selera sendiri dan keluarga. Mee kari dapat mencapai selera orang ramai dengan menikmati rasa pedasnya. Deria rasa akan diransangkan setiap kali dengan merasai mee kari yang sedap. Resepi mee kari ini agak senang untuk dihidangkan dan boleh menambahkan bahan-bahan hiasan yang lazat dan sedap mengikut suka hati masing-masing.





6 comments:

  1. tip top sgt sedap tq kak shared resepi..xpnah myhusband puji kalo 1st rial masak..ade lain bl letak daun kesum kan :-):-)

    ReplyDelete
  2. Nak cuba juga...mesti sedap. Lain daripda cara yang saya selalu buat

    ReplyDelete
  3. Thanks resepi ni nk cuba jugak.. kami mmg suka mee kari

    ReplyDelete